3D2N KOTA KINABALU, SABAH

Sample image

3D2N TRIP TO KOTA KINABALU,SABAH

  •   Harga Dari RM1,050
  •   ( 3 HARI / 2 MALAM )
  •   3 X BAYAR
PAKEJ LENGKAP SHOPPING

 3D2N TRIP TO KOTA KINABALU,SABAH

Apa Yang Menarik ?
  •  Dapat melihat pemandangan Gunung Kinabalu
  •  Berpeluang melihat Marine Park Pulau Manukan Dan Pulau Sapi yang sangat cantik dan jernih airnya.
  •  Shopping di beberapa tempat yang terkenal seperti barangan Mutiara & Ikan Masin
  •  Bayaran ansuran sebanyak 3-5 kali disediakan.
Pakej Termasuk :
  •  Penginapan 2 malam di hotel 3 bintang
  •  2 x sarapan di hotel + 2 x makan t/hari & 2 x makan malam
  •  Melawat sekitar Bandar Kota Kinabalu & Shopping
  •  Melawat PULAU MANUKAN & PULAU SAPI
  •  Tiket kemasukan lawatan
  •  Pengangkutan sepanjang lawatan – Bas persiaran
  •  Mineral water, Porterage & Tempat letak kereta
  •  Pemandu pelancong yang fasih berbahasa Melayu & English
  •  Bayaran Bagasi pergi – balik ( 15kg )
  •  PULAU MANUKAN & PULAU SAPI
  •  Tiket Air Asia ( pergi – balik )
Aturcara Lawatan
 Hari 1: TIBA DI K. KINABALU – CITY TOUR – PASAR MALAM (SEAFOOD) D
Bertemu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) dan meneruskan lawatan ke tempat-tempat menarik sekitar Bandar Kota Kinabalu seperti Yayasan Sabah, Masjid Terapung Likas, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Perkampungan Likas, Kuil Cina, kilang kopi, Melihat Pemandangan Bandar Kota Kinabalu dari Signal Hill, City Centre (Pasar Filipina), Muzium Negeri, Masjid Negeri dan Tanjung Aru Beach. Pulang ke hotel dan check-in.Makan malam di Seafood Restaurant tempatan yang berhawa dingin. Melawat pasar malam sekitar Kg Air. Pulang ke hotel untuk bermalam.
Hari 2: KINABALU PARK & PORING HOT SPRING (B,L,D)
Sarapan di hotel jam 0730 pagi, Memandu terus ke taman tertua di Sabah dan Tapak Warisan Dunia pertama di Malaysia. Menikmati iklim sejuk di Taman Kinabalu dan pemandangan yang indah. Pengalaman berjalan di atas jambatan gantung dari pokok ke pokok dan berendam di dalam kolam air panas yang dipercayai  mempunyai manfaat terapeutik untuk penjagaan kulit.Makan T/hari akan disediakan di Pine Resort atau yang berhampiran. Pulang ke hotel di Kota Kinabalu seterusnya makan malam di Restaurant yang berhawa dingin dan balik ke hotel untuk bermalam.
Hari 3: PULAU MANUKAN & PULAU SAPI / KOTA KINABALU / LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA KK (B/L)
Sarapan pagi di hotel kemudian anda akan dibawa ke Jeti Kota Kinabalu untuk ke Tengku Abdul Rahman Marine Park – Pulau Manukan yang mengambil masa selama 15 minit perjalanan menaiki bot. Disini anda berpeluang memberi makan kepada ikan, snorkeling, menikmati keindahan pantai yang jernih airnya, melihat terumbu karang dan pelbagai jenis ikan yang berwarna warni di permukaan air laut. Semasa dalam perjalanan pulang ke kota kinabalu anda akan dapat melihat kecantikan Pulau Sapi. Makan tengahari dan solat zohor di Bandar Kota Kinabalu. Kemudian anda akan dibawa berjalan ke pusat membeli belah sehingga cukup waktu untuk di hantar ke Lapangan Terbang untuk pulang.
You are here: Home International 3D2N KOTA KINABALU