4D3N HO CHI MINH,VIETNAM

Sample image

Selamat datang ke HAB SAIGON VIETNAM yang paling sibuk..

COMPLETE SHOPPING PACKAGE

 

Apa Yang Menarik ?
  •   Berpeluang melawat beberapa destinasi utama dan menarik seperti Muzium, Tugu Perang dll lagi.
  •   Destinasi membeli-belah antara yang termurah di rantau Asia yang dikenali sebagai SHOPPING PARADISE
  •   Bayaran ansuran sebanyak 3 hingga 5 kali disediakan.
Pakej Termasuk :
  •    3 malam penginapan di hotel 3 bintang
  •    3 x sarapan di hotel + 3 x makan tengahari & 3 x makan malam di Restoran Tempatan ISLAM
  •    Pengangkutan Sepanjang lawatan – Bas Persiaran
  •    Pemandu pelancong yang fasih berbahasa Melayu / Inggeris
  •    Bayaran tips untuk driver dan pemandu pelancong
  •    Air mineral, porter & tempat letak kereta
  •    Bayaran Masuk tempat pelancongan seperti yang dinyatakan dalam jadual perjalanan
  •    Bayaran bagasi pergi balik (20 kg)
  •    Cukai Lapangan Terbang (KL – Ho Chi Minh)
  •    Tiket Air Asia pergi-balik
Aturcara Lawatan
 HARI 1: KETIBAAN di Saigon (L, D)
Selamat datang ke HAB SAIGON VIETNAM yang  paling sibuk.
Kedatangan anda akan dialu-alukan oleh pemandu pelancong di Lapangan  Terbang Tan Son Nhat. Kemudian anda akan di bawa ke hotel untuk check-in. Selepas makan tengah hari, anda akan dibawa untuk memulakan lawatan pertama ke Museum Sejarah untuk mengenali budaya purba Vietnam & juga melawat Masjid Thien Hau  Pagoda di Saigon serta ke  Pasar Binh Tay  yang berada di"China Town Saigon"  sebelah Daerah 5 untuk melihat kehidupan masyarakat yang berbilang agama dan bangsa.. Perjalanan anda akan berakhir di Pasar Malam Ben Thanh. Makan malam di restoran tempatan dan kembali ke hotel.
HARI 2: Saigon - TEROWONG CU-CHI – MEMBELI-BELAH - Saigon (B, L, D)
Selepas sarapan anda akan di bawa ke Terowong Cu-chi, salah satu tempat daripada baki Tugu Perang Vietnam yang sengit. Anda  akan merangkak masuk ke  sebahagian terowong untuk melihat bekas tapak kehidupan tempatan gerila dan penduduk Cu-chi semasa perang. Pada waktu petang anda akan melawat Istana Reunification, saksi Perang Vietnam sengit yang berakhir pada tahun 1975. Pada hari ini bangunan besar ini telah dijadikan sebagai Muzium & Dewan Majlis Rasmi. Kemudian anda akan dibawa pergi untuk membeli-belah di Bengkel  Lacqueware yang  terkenal di Saigon dan juga di Plaza Zen @ Daerah 1. Makan tengah hari dan makan malam anda di restoran tempatan. Semalaman di Saigon.
HARI 3: Saigon - MY THO - CAN THO (B / L / D)
Selepas sarapan pagi di hotel menuju ke Selatan  My Tho dan Ben Tre, perkampungan kelapa yang dikenali sebagai “The Homeland And Factories untuk melihat dan membeli hasil barangan keluaran tempatan. Singgah di Dong Tam untuk melawat ke Taman Ular dan Vinh Trang Pagoda. Setibanya di My Mtho,anda akan dibawa ke terusan di kawasan taman-taman dan rumah-rumah di luar bandar menaiki bot kecil, di mana banyak keluarga menghasilkan gula-gula kelapa, makanan berasaskan  madu lebah, atau pelbagai jenis buah-buahan. Seterusnya singgah di beberapa perusahan keluarga dan kilang-kilang kecil mereka. Makan tengah hari dalam perjalanan. seterusnya makan malam dan bermalam di Can Tho
HARI 4: Saigon BERLEPAS (B)
Selepas sarapan pagi di hotel anda diberi masa untuk membeli-belah di gerai-gerai yang berhampiran dengan hotel anda. Kemudian anda akan dibawa ke lapangan terbang untuk berlepas.
You are here: Home International 4D3N HO CHI MINH VIETNAM